Selasa, 3 Februari 2009

Cerita Lelaki Tua dengan Harimau

Cerita penglipurlara kali ini ialah kisah yang bolih di jadikan teladan,agar berfikirlah dengan cepat dan rasional bila berhadapan dengan masalah yang tidak disangka-sangka.

Didalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang miskin.Lelaki tua ini tinggal seorang diri dipondok usangnya.Isteriya telah lama meninggal dunia.Orang kampung memanggil lelaki tua ini sebagai Pak Hitam.Hidup Pak Hitam,makan pagi kais pagi,makan petang kais petang.Dia mengambil kayu di hutan dan menjualnya di pasar bagi menyara hidupnya.
Dengan badannya yang kurus dan uzur,lelaki tua ini memaksakan dirinya masuk kedalam hutan setiap hari untuk memungut kayu untuk dijual.Dengan hasil jualan kayu itulah lelaki tua ini membeli beras dan keperluan dapurnya.Orang kampung tidak pernah mengambil tahu perihal lelaki tua ini.
Pada suatu hari,seperti biasa lelaki tua ini masuk kedalam hutan.Mencari kayu api.Selang beberapa lama dapatlah lelaki tua ini satu berkas kayu yang sesuai untuk dijual.Memandangkan kayu-kayu yang dipikulnya itu masih rengan,lelaki tua itu merasakan untuk mencari lagi seberapa banyak yang mungkin agar dia mendapat wang yang lebih sikit.
Sedang ia terbongkok-bongkok mencari kayu,dia merasakan ada dedaun kayu yang bergerak-gerak dihadapannya.Kira-kira tiga meter dari ia berdiri.Sekoyong-koyong berdiri dihadapannya seokor Harimau yang besar.Alankah terkejutnya lelaki tua itu.Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan dan kakinya seperti melekat dimana dia berdiri.
Sambil menggerak-gerakkan kepala dan membongkokkan badannya Harimau itu berkata"Hai orang tua bersedialah kamu,aku akan melapah engkau hari ini,sudah satu hari aku tidak makan hari ini.Harimau tersebut merendahkan lagi badannya untuk menerkam orang tua itu,sambil meneluarkan kukunya.Dengan terketar-ketar berkatalah lelaki tua itu"Wahai sang Harimau,sebelum engkau makan aku,biarlah aku makan dulu nasi yang aku bawa ini".Ha ha ha,sergah Harimau dengan ketawa"Tak perlulah engkau makan dulu,wahai orang tua,nanti kau akan mati juga bila aku makan engkau".
Lelaki tua mendapat akal,lalu berkata."Kau tengoklah aku ini,hai sang Harimau,badan aku kurus dan tinggal tulang sahaja.Kalau aku makan dulu barulah badan aku berisi dan engkau boleh makan aku sepuas-puasnya.Harimau pun berkata,'baiklah,kau makan lah dulu. Aku tunggu disini.Lelaki tua pun membuka bekalannya dan duduk diperdu sebatang pokok untuk makan.Sang Harimau merebahkan dirinya sambil memerhatikan lelaki tua itu makan.
Lelaki tua itu makan dengan perlahan-lahan,dengan memasukkan nasi sebiji-sebiji kedalam mulutnya.Sang Harimau berasa marah dengan berkata."Mengapa engkau makan sebiji-sebiji nasi itu hai orang tua.Bila hendak habis nasi itu kalau begitu cara engkau makan."Aku sudah tua,lagi pun gigi aku sudah tiada,mana boleh aku makan sekali banyak."Kata lelaki tua itu."Baiklah,suka hati engkaulah".balas sang Harimau.
Oleh kerana terlalu lama menanti lelaki tua itu makan,sang Harimau lalu tertidur.Lelaki tua itu nampak sang Harimau itu telah tertidur.Setelah dia merasakan sang Harimau tersebut benar-benar telah tidur,lelaki tua itu bangun dengan perlahan-lahan,berlalu dari situ juga dengan perlahan agar sang Harimau tidak terjaga dari tidurnya.Bila sudah agak jauh,lelaki tua itu pun terus berlari pulang dengan lajunya.
Terselamat lah lelaki tua itu dari menjadi makanan Harimau hari itu.


Moralnya : Apabila adik-adik mendapat sebarang masalah,janganlah panik,sebaliknya
berfikirlah dengan fikiran yang waras untuk lari dari masalah itu.

Isnin, 26 Januari 2009

Cerita Katak bawah tempurung

Cerita penglipurlara kali ini ialah mengisahkan asal usul kenapa katak suka duduk di bawah tempurung.
Kononnya pada suatu masa dahulu di negeri Andapura ada seekor katak ingin mengembara.Sudah semulajadi sifat katak sebenarnya tidak suka keluar dari habitatnya,namun katak ini cuba membuat satu anjakan paradigma dengan melakukan pengembaraan ke negeri sebelah iaitu negeri Citapuri.Lalu melompatlah katak itu untuk memulakan perjalanan(memanglah katak melompat mana ada katak berjalan).Lompat punya lompat sampailah katak ini ke satu bukit bernama Bukit Botak.Ketika berehat di tepi sebuah kolam di atas bukit itu,datanglah seekor katak dari negeri Citapuri yang juga ingin mengembara ke negeri Andapura.Lalu berkatalah katak yang pertama tadi

"ekau ni katak dari mano nak ke mano?Tak ponah dek tengok muka ekau sebelum ni pun!" Jawab katak yang ke dua "Hamba dari negeri Citapuri berhajat hendak mengembara ke negeri Andapura untuk melihat-lihat negeri orang".Katak yang pertama menyambung "Oh samo la den,den pulak nak poi mengembara juo ke negeri sebelah."

Katak yang kedua pula berkata"La.....ye ke?Kalau begitu tuan hamba nak ke negeri hamba la ya?.......em......sedangkan hamba pula nak ke negeri tuan hamba."

Kedua-dua ekor katak itu pun ketawa serentak dengan gembiranya.

Selepas beberapa ketika berlalu,bertanyalah katak yang pertama kepada katak yang kedua "Tompek ekau camano ruponyea,cantik ko?" jawab katak kedua"Negeri hamba sangatlah cantik dan aman makmur .Ibarat negeri dalam tamanlah katakan.Kalau tuan hamba tak percaya, tengoklah ke belakang hamba...........betul tak?.Lalu katak yang pertama mendongaklah untuk memandang kebelakang katak yang kedua,"eh.......botullah cantik,tapi samo macam negori den.Cubo ekau nengok kobelakang den pulo....samo tak?"Lalu katak yang kedua pun medongak juga untuk memandang ke belakang katak yang pertama bagi memastikan betul atau tidak kata katak yang pertama itu.Bengang jugak rasanya bila dikatakan negerinya yang cantik itu sama dengan katak yang pertama itu."Eh..Eh..Eh...samala tuan hamba.Tak sangka negeri kita sama cantiknya".Lalu katak yang pertama pun berkata"Kalau samolah ruponya tompek ekau dengan tompek den,buek apolah den nak poie mengembara.Baiklah den balik ke negori den semulo."Katak yang kedua pun berkata "Ye la tuan hamba,kalau sama ajea tempat hamba dengan negeri tuan hamba tak payahlah kita keluar mengembara.Baiklah kita balik ke tempat kita semula.Maka baliklah semula kedua-dua ekor katak itu ke negeri mereka masing-masing.Tidaklah jadi katak-katak itu mengemabara bak kata orang-orang tua baliklah semula katak-katak itu ke bawah tempurung mereka semula.



Moralnya.........kenapa kata-katak itu nampak sama saja negerinya dengan negeri orang lain?Tuan-tuan bayangkanlah di mana kedudukan mata katak?.Bila katak mendongak apa yang dilihatnya adalah belakang badannya sendiri.Oleh itu kita hendaklah melakukan perubahan pesepektif apabila menghadapi sesuatu masalah demi mencapai apa yang kita hajati.renung-renungkanlah.

Ceriita Monyet,Sang Kancil dan Merak

Hujan lebat yang turun telah mula menunjukkan akan reda.Seluruh kawasan hutan dirasakan terlalu sejuk.
Sang Kancil dan Burung Merak sedang berjalan-jalan di tepi sebatang sungai.Tiba disuatu tempat mereka ternampak beberapa ekor Monyet sedang menggigil kesejukan.Monyet-monyet itu sedang sibuk mengumpulkan ranting-ranting kayu.Selepas itu kelihatan mereka terbongkok-bongkok sambil menghayunkan tangan untuk menangkap kelip-kelip yang berterbangan di situ.
Apabila dapat ditangkap , mereka meletakkan kelip-kelip tersebut didalam longgokkan kayu yang mereka kutip tadi.
Sang Kancil dan Merak masih memerhatikan kelakuan Monyet-Monyet tersebut.Alangkah bodohnya mereka itu."kata Merak."Mungkin mereka menyangkakan kelip-kelip itu api,tambah Merak lagi.
"Aku mesti beri tahu mereka,yang mereka membuat kerja yang sia-sia.Mana mungkin kelip-kelip itu boleh membakar kayu yang basah itu,"kata Merak pada Sang Kancil.
"Tak perlu Merak,kata Sang Kancil.Mereka akan marah kamu nanti,walau pun niat kamu baik,"tambah Sang Kancil lagi.
Tetapi Merak tidak mengindahkan amaran Sang Kancil,dan terus menghampiri kumpulan Monyet itu.Sang Kancil tidak dapat berbuat apa-apa,cuma memerhatikan dari jauh.
Tidak berapa lama lepas itu,Sang Kancil melihat bulu-bulu Merak berterbangan di udara.

Moral:Jika hendak berbuat baik sekali pun,lihat lah dulu situasinya.